Pengurangan Bayaran Komitmen MARA
Saya tidak bersetuju dengan bayaran komitmen sebanyak RM300.00 yang perlu dibayar kepada pihak MARA untuk proses permohonan pengurangan pinjaman pelajaran (e-Conversion). Petisyen ini dibuat agar pihak MARA boleh membuat pertimbangan bagi mengurangkan jumlah bayaran komitmen kepada RM100.00 sahaja bagi meringankan beban pelajar yang juga terkesan dengan situasi pandemic Covid19 yang melanda negara. Dengan ini, saya memohon jasa baik pihak MARA untuk mempertimbangkan dan memandang serius hal ini agar tiada permasalahan berlaku di antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Pengumuman daripada pentadbir laman web iniKami telah menutup petisyen ini dan kami telah menghapuskan maklumat peribadi penandatangan.Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) Kesatuan Eropah memerlukan alasan yang sah untuk menyimpan maklumat peribadi dan maklumat tersebut hendaklah disimpan untuk tempoh yang sesingkat mungkin. 17 |