ISU AIR DI KUALA BESAR
Asalamualaikum wbt.....
Kami penduduk Kampung Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan memohon jasa baik YB Dr Hj Ezani bin Husin (ADUN Kijang) untuk turun padang dan menyelesaikan masalah air di Kuala Besar. Isu air ini dah bertahun dan beratus aduan daripada penduduk telah dibuat kepada Syarikat Air Kelantan namun aduan tinggal aduan masalah air di Kuala Besar tak dapat juga diselesaikan.
Untuk makluman YB, kami penduduk kampung terpaksa menggunakan air dari sumber telaga dan telaga tiub untuk kegunaan harian walaupun warnanya keruh dan berbau serta diragui kebersihannya.Bekalan air yang dihantar secara manual kepada penduduk tidak mencukupi dan hanya 10% penduduk sahaja yang mendapat manfaat.
Kami sebagai penduduk dan pegundi amat mengharapkan kepada pertolongan YB untuk menyelesaikan masalah ini.
Penulis petisyen ini telah menutup petisyen.Pengumuman dari pentadbir laman web iniKami telah mengeluarkan maklumat peribadi penandatangan.Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah (GDPR) memerlukan alasan yang sah untuk menyimpan maklumat peribadi dan maklumat tersebut harus disimpan untuk masa yang paling singkat. |